Thursday, January 7, 2021
Pertama 2021
Sedar tak sedar, tahun 2021 ini merupakan tahun ketujuh perkhidmatanku di Sarawak. Sungguh, aku rindu Tegageng. Rindu anak murid, rindu telatah mereka, rindu katil aku, rindu Bekenu, rindu kereta. Pendek kata rindu semua lah. Pelik aku ni. Kalau kat Sarawak, rindu Klang. Kalau kat Klang, rindu Sarawak. Hahaha. Itu lah lumrah manusia. Rindu pada yang tiada atau yang bukan di sisi. Syukur akan perasaan ini. Rindu ini menguatkan aku. Menjadikan Nafisah lebih menghargai setiap detik yang berlalu. Setiap hari aku akan mengingatkan diri sendiri,
Rezeki
Minggu ini aku memilih untuk duduk sahaja di sekolah. Kerja yang bertimbun sepanjang minggu perlu diberi ganjaran dengan hanya duduk rehat-rehat sahaja di rumah tanpa perlu memikirkan apa-apa. Tapi seperti kebiasaan, jarang seorang Nafisah tidak ada rancangan apa-apa. Jadinya, pagi sabtu kita mulakan hari dengan mengemas rumah. Okey, sebenarnya nak mulakan dengan susun fail PIBG. Tapinya, lepas masak sarapan rasa macam kotornya dapur, jom kemas, selepas itu, sesi mengemas diteruskan sehingga ke ruang tamu dan bilik. Sudahnya, sampai tengah hari. Petangnya, memang dah ada rancangan buat biskut dengan Min dan Yaya.
Biskut ni hasil ciptaan Min guna bahan-bahan sedia ada. Min memang pandai masak dan setiap kali percubaan apa-apa jenis masakan, mulut aku akan menjadi testimoninya. Syukur untuk nikmat mencuba makanan ini. Bermula Jam 2 petang dan berakhir jam 6 petang, aku berjaya menghasilkan tiga balang kecil biskut. Min pula berjaya menghasilkan chesskut namun demikian kek bakar pandan tidak menjadi gara-gara salah step. Takpe Min, nanti cuba lagi ya.
Keesokan harinya, Kak Atie telah memberikan aku nasi ayam. Alhamdulillah, syukur. Dapur tidak berasap lagi hujung minggu ini. Hehe
Thursday, October 31, 2019
Doa
Hidup ini tidak seindah yang kita sangkakan. Ya, kita mahukan itu. Tapi Allah rencanakan yang lain. Kita inginkan sebegini, Allah rencanakan sebegitu. Berdoalah selalu semoga hati ini sentiasa redha dan berlapang dada dengan segala ketentuanNya. Percayalah, ini juga perlu diselitkan dalam doa kita. Semakin hari, semakin aku faham yang kita perlu berdoa sepanjang masa even sedang berjalan ke sekolah. Punyalah Allah nak kita kercakap dengan dia. Setiap satu perkara yang kita buat pun ada doanya.
Tapi untuk insan biasa penuh dosa ini, haruslah tak hafal doa-doa yang mantap2 tu. Tak apa, Allah just nak dengar rintihan kita. Berdoalah, dimana-mana jua, dalam apa jua situasi, apa juga perasaan ketika itu. Mintalah apa jua keinginan, pohonlah apa jua kehendak. Yakinlah pada Allah. Allah maha pendengar. Akan Dia kabulkan pada waktu dan masa yang tepat. Namun, perlu dingat. Allah akan kabulkan dengan 'cara' Nya. Jika 'cara'Nya itu tidak disukai kita, redhalah, terimalah. Itu cara Allah sedang mengajar kita.
Justeru itu, aku sering ingatkan orang terdekat agar sentiasa berdoa untuk redha dan berlapang dada. Kita insan lemah, tidak punya kekuatan, Allah jua pemilik segala kekuasaan. Dengan siapa lagi kita ingin minta, jika bukan dengan Allah.
Berdoalah sayangku. Dengan itu, engkau akan menjadi orang yang tenang setenangnya. Kerna engkau yakin, apa jua cabaran, nikmat, dugaan hanyalah cara untuk Allah inginkan hambanNya mendekatkan diri padaNya.
Friday, October 25, 2019
Refleksi Malam Hari
Jumaat. 25 Oktober 2019. 11.21 Malam
Hampir 4 minggu sahaja lagi, sesi persekolahan akan berakhir. Ada lagi 4 program penting sekolah belum terlaksana. Begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru masuk sekolah. Rasa macam baru mula tahun 2019. Tup-tup dah nak masuk bulan 11.
Antara peristiwa berlaku tahun ini.
Duit mengalir seperti air yang deras apabila melengkapkan barangan rumah.
Kewangan aku mulai diuji kerana tahun ini tahun pertama membayar rumah dengan harga yang sebenarnya 😂
Teruja dan syukur apabila berkesempatan pergi ke Long Tebangan (Hulu Baram) melihat kawasan rumah panjang Kak Lina. (Impian sejak posting terlaksana ✅)
Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Tahun 2018.
Berjaya beraya bersama-sama keluarga dengan tema warna biru (pertama kali kali warna sama). Alhamdulillah
Pertunangan Izzul dan pasangan.
Pertunangan Kak Cik dan Saiful.
Perkahwinan Fahmi dan Aida.
Program Gawai Raya dan Pertandingan Bola Sepak.
Yang Merasai,
Nafisah
Nafisah
Miri. Bekenu. Suai. Klang. Jasin.
Tuesday, October 1, 2019
Monday, July 30, 2018
Isnin 30 Julai 2018
Alhamdulillah atas nikmatnya selama ini. Bismillah. Allah uji tanda Allah sayang. Tengah hari nanti mendapat perkhabaran bahawa diesel genset sekolah kami akan diberhentikan pembekalannya buat sementara waktu. Ya, kami telah bersedia lebih awal. Hal ini kerana, kebanyakkan sekolah di daerah lain sudah menerima berita ini lebih awal daripada kami. Isu ini hanyalah berlaku di Sarawak sahaja buat masa ini. Persoalannya, mengapa tidak ada tindakan apa-apa.
Kami hanya kasihankan anak murid kami. Kami hanya kasihankan guru-guru atau staf yang mempunyai anak kecil yang tidak mengerti isu ini.
Jika elektrik tiada, bermakna sumber air pam tidak dapat berfungsi. Air hujan kami pula sudah kehabisan disebabkan hujan tidak kunjung tiba.
Ya Allah, redha kan hati ini, tabahkan hati ini, bantu hati ini untuk sering berprasangka baik terhadapmu Ya Allah. mudahkan urusan kami Ya Allah. Moga moga ujian ini dapat menjadi asbab kami memasuki syurgaMu. Amin
Moga-moga pihak berwajib dikurniakan ilham untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. AMIN
Entahlah, pastinya sedih dan risau menyelubungi hati tatkala berita ini tersebar. Mana mungkin kami dapat mengajar dengan tenang jika haba panas yang menjadi peneman. Mana mungkin anak murid kami dapat belajar dengan tenang jika peluh mencurah-curah di dalam baju. Allah, jauh sekali untuk merungut atau tidak redha dengan ujianMu. Cumanya, hati ini tidak dapat lari daripada kebimbangan.
Kami hanya kasihankan anak murid kami. Kami hanya kasihankan guru-guru atau staf yang mempunyai anak kecil yang tidak mengerti isu ini.
Jika elektrik tiada, bermakna sumber air pam tidak dapat berfungsi. Air hujan kami pula sudah kehabisan disebabkan hujan tidak kunjung tiba.
Ya Allah, redha kan hati ini, tabahkan hati ini, bantu hati ini untuk sering berprasangka baik terhadapmu Ya Allah. mudahkan urusan kami Ya Allah. Moga moga ujian ini dapat menjadi asbab kami memasuki syurgaMu. Amin
Moga-moga pihak berwajib dikurniakan ilham untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. AMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)












