Wednesday, February 22, 2017

Rakan Baik

Saya mempunyai empat orang rakan baik daripada SMKKJ yang masih lagi berhubung sehingga kini. Salah seorangnya adalah Nur Zalila binti Abdul Aziz atau nama panggilanya ialah lila. Saya masih ingat lagi Lila memasuki SMKKJ (Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa) ketika tingkatan dua dan menjadi kegilaan ramai lelaki ketika itu. Selain memiliki wajah yang cantik, sikap Lila yang lembut serta berbudi bahasa ketika berbicara menjadikan beliau disenangi ramai. 


Gambar di atas diambil pada tahun 2010 iaitu lebih kurang 7 tahun dahulu. Ketika itu, kami jarang sekali bertemu atas faktor masa dan jarak. Selepas SPM, Lila menyambung pelajaran diploma di UITM Penang, manakala, saya memasuki IPG Bangi. Cuti semester U haruslah tidak sama dengan cuti maktab yang sememangnya sama seperti cuti sekolah. Zaman itu juga whatsapp belum berleluasa digunakan seperti hari ini. Jika mahu berhubung, kami perlu mesej antara satu sama lain. Ketika itu juga, jika tiada keperluan, haruslah tidak mesej untuk beberapa ketika. Cuma sesekali kami akan bertegur di laman sosial Facebook untuk mengetahui perkembangan masing-masing.

Justeru itu, sesekali apabila Lila pulang ke Klang, kami akan cuba menghabiskan masa-masa bersama-sama. Contohnya, seperti gambar di atas yang ditangkap di bilik Dila. Seingat saya, kami bertiga iaitu saya, Dila dan Lila berborak kira-kira 3 jam tanpa henti. Hampir kesemua kisah hidup di kampus masing-masing ingin diceritakan. Hehe.. Dila antara rakan kami yang cepat mengikut arus teknologi ketika itu. Buktinya, gambar ini ditangkap dengan menggunakan kamera telefon Dila yang dibelinya dengan harga kira-kira RM 1000 lebih ketika itu. Saya masih menggunakan telefon 3310 ketika itu,. Hehehe

Insha Allah, Sabtu ini Lila akan menamatkan zaman bujangnya dengan Zarul. Menariknya, mereka berdua dijodohkan oleh Fiza iaitu rakan baik kami juga. Bekerja di tempat kerja yang sama memudahkan proses perkenalan menjadi mudah. Selepas 2 bulan mereka berkawan, Zarul tidak menunggu masa yang lama untuk meminang Lila. Akhirnya, mereka mengikat tali pertunangan pada April tahun lalu. Berada jauh di borneo Sarawak menyebabkan saya tidak dapat berada bersama mereka semasa peristiwa penting sebegini. 

Disebabkan itu, saya berjanji akan berusaha untuk pulang dengan cara macamana sekalipun semasa mereka bernikah. Insha Allah, saya akan menaiki flight pada esok jam 7.05 malam untuk memenuhi undangan Lila. Alhamdulillah, GB menerima alasan saya untuk berada di Majlis rakan baik saya yang saya kira sudah lebih 14 tahun kami berkawan. Pastinya, saya merasa hampa dan ralat jika tidak dapat bersama-sama meraikan detik kegembiraan ini. Doakan perjalanan saya pergi dan pulang kembali ke Miri dipermudahkan. Moga-moga perjalanan majlis juga berjalan lancar. Amin

Fiza, Lila, Fisha, Ayu, Dila 
( tahun last beraya sebagai single iaitu pada Julai 2015) 

Majlis nikah Fiza pada Disember 2015

Majlis nikah Dila pada Mac 2016

Majlis sanding pada keesokan harinya

Majlis sebelah pihak lelaki

Lila bertunang pada April 2016

Majlis tunang Ayu pada September 2016


Menemani Lila ke Site nya pada Disember 2016


Alhamdulillah, semua rakan baik saya sudah menemui jodoh mereka. Saya sentiasa mendoakan jodoh serta perkahwinan mereka berkekalan hingga jannah. Semoga semua rakan baik saya dapat bersama-sama pasangan mereka mendepani permasalahan rumah tangga dengan matang serta rasional. Letakkan Allah di hadapan setiap persetujuan atau keputusan yang ingin diputuskan. Terimalah kekurangan pasangan kita dan bersyukur dengan kelebihan pasangan kita kerna saya sentiasa percaya jodoh adalah cerminan diri kita. Sebagaimana kita, begitulah jodoh kita. Moga-moga saya menjumpai jodoh yang sekufu serta baik pada pandangan Allah bukan hanya baik pada pandangan saya. Amin Ya Rabbal Alamin. 

* Insha Allah Ayu akan mengikut rapat jejak langkah rakan-rakan saya yang lain untuk bernikah pada Julai 2017. Moga perancangan mereka berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin. 

Monday, February 13, 2017

Amanah

Janji hanya tinggal janji. Chewah. Hehe.. Nampaknya apa yang saya janjikan tidak berkesempatan untuk dilangsaikan. Moga saya berjaya selepas ini. Doakan ya. Sebelum itu, Assalamualaikum dan selamat petang semua. Ketika saya menaip ini, saya berada di dalam bilik sedang melepaskan lelah bekerja seharian. :)

Berbalik kepada tajuk entri saya pada hari ini, berikut merupakan amanah yang dipertanggungjawab kepada saya bagi tahun 2017 :

1. Guru Prasekolah 
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
3. Guru Pusat Sumber
4. Penyelaras Sukan dan Permainan Bola Jaring
5. Guru Kelas Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 4
6. Guru PBSM
7. Guru Kelab 3K
8. Pembantu Warden
9. Setiausaha Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

Doakan saya agar dapat mendukung amanah sebaik mungkin. BismillahitawakalalAllah. =) 

* gambar semasa hari sukan negara 8.10.2015