Thursday, January 19, 2017

Housemate Hujung Minggu Siri 1

Saya masih ingat lagi ketika baru-baru menjejakkan lagi di bumi Sarawak ini. Ketika itu, saya sedikit 'loss' apabila ditempatkan jauh di pedalaman. Jauh daripada hiruk piruk kota, jauh daripada bunyi kenderaan, bahkan jauh daripada bangunan-bangunan batu. Ya, saya hanya mengikut 'flow' ketika itu. Budaya cikgu-cikgu di sini ketika itu adalah mereka akan menyewa rumah di sekitar Bekenu iaitu kira-kira 1 jam perjalanan daripada sekolah. Mereka akan keluar pada hari Jumaat dan pulang semula petang Ahad. Ketika itu, saya juga seakan-akan ingin mengikut budaya tersebut kerana merasakan berada di sekolah selama 5 hari akan mendatangkan kebosanan. 

Maka, bermulalah sesi mencari housemate yang saya kira pengalaman baharu bagi saya. Saya sebenarnya sudah pun berjanji ingin menyewa bersama-sama dengan Cikgu sekolah Zamir. Namun, setelah beberapa minggu, beberapa halangan berlaku. Tanpa disangka, Allah menemukan saya dengan Aida semasa kursus Prasekolah di PPD. Keramahan Aida membuatkan saya tertarik untuk menyewa bersamanya. Turut menyewa ialah Dayah, porting sekolah sama dengan Aida

Hampir setiap hujung minggu, saya akan pulang ke Bekenu tanpa jemu. Saya juga sudah memiliki kereta ketika itu yang membolehkan saya bergerak ke mana sahaja. Alhamdulillah.

Saya, Aida, Dayah

Mira, Aida, Saya, Dayah, Along

Along merupakan 'roomate' Dayah semasa di IPG. Mira pula merupakan rakan batch Aida semasa di IPG. Along dan Mira posting sekolah yang sama dan tidak jauh daripada rumah sewa kami. Setiap hujung minggu, mereka berdua akan stay di rumah sewa kami. Kami melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama setiap hujung minggu. Ada sahaja idea yang dilontarkan oleh mereka agar hujung minggu kami terisi. Sikap keterbukaan semua orang menjadikan kami mudah rapat. Perangai 'sekufu' juga menjadi asbab kami selesa berkawan. Kami akan memasak bersama-sama, tidur beramai-ramai di ruang tamu, bercerita mengenai perihal sekolah masing-masing sehingga lewat malam dan sesekali solat berjemaah. 

Kami juga pernah ke Mukah berlima selepas dua minggu perkenalan saya dengan mereka. Ketika itu terdapat Pesta Kaul di sana. Perjalanan selama 5 jam ke sana menjadi titik permulaan hubungan kami. Selepas itu, kami pernah bersama-sama ke Kuching untuk berjalan-jalan mencuci mata melihat daerah orang lain. 

Kami juga tidak ketinggalan mencuba memandu dari Kuching ke Miri yang jaraknya lebih kurang Johor ke Perlis. Hujung bertemu hujung. Ketika itu kami bermalam di Sibu iaitu pertengahan jalan antara Miri dan Kuching selama satu malam. Saya, Aida dan Dayah bertukar-tukar memandu manakala Along dan Mira dikecualikan kerana mereka berdua tidak pandai memandu kereta manual. Travel pada kali itu merupakan antara detik manis yang berlaku dalam hidup saya. Saya juga mencipta sejarah apabila memandu 4 jam tanpa henti sebelum bertukar tangan ke Dayah. Saya belajar untuk tidak tidur semasa berada di dalam kereta adalah ketika bersama mereka. 

Kebanyakkan idea berjalan ke sana sini adalah datang daripada perancangan Aida. Dia sentiasa menjadi 'mastermind' untuk segala aktiviti. Dia juga akan mencari mana lagi tempat yang menarik di Miri untuk dikunjungi. :) Saya memang suka berjalan namun tidak suka merancang. Menjadi pengikut adalah perkara yang bahagia :) Hehehehe..

Banyak lagi ingin diceritakan, namun mata sudah minta direhatkan. Hehe. Nantikan entri Siri 2 yaa.. 


Swafoto semasa di Inn Kuching


No comments:

Post a Comment