Bismillahirahmanirrahim.
Hari ini tepat seminggu perpindahan Kak Tasya ke Lawas. Aku adalah orang paling sedih ketika mendapat tahu keputusan perindahan awal bulan Jun lalu. Manakan tidak, dia lah rakan serumah, rakan sekerja, tempat aku mengadu, tempat aku bermanja, tempat aku bercerita, tempat aku bersandar ketika sedih dan yang pastinya tempat aku rujuk untuk segala permasalahan. Kak Tasya tidak pernah jemu mendengar adiknya ini membebel-bebel setiap kali pulang daripada sekolah, tidak pernah jemu mendengar adiknya meluahkan rasa tidak puas hatinya dan tidak pernah jemu menasihatkan serta menegur andainya ada kesilapan yang aku lakukan. Tegurannya tegas tertapi berhikmah.
Mendengar kisah rakan-rakan lain yang mempunyai masalah dengan rakan serumah mereka menjadikan aku lebih bersyukur memiliki Kak Tasya sebagai teman serumah. Kak Tasya seorang yang lemah lembut, pendiam tetapi memiliki hati yang kental. Biarlah apa orang nak cakap, biarlah apa orang nak buat, dia boleh relax je macam takde papa yang berlaku. Aku pula pada zahirnya seorang yang kasar, jenis yang tidak kisah, banyak cakap, kecoh tetapi mempunyai hati yang sangat sensitif. Hati ini terlalu nipis senipis kulit bawang. Ada orang mengata belakang sikit lebih lebih lagi orang yang kita rapat mula lah sedih bagai. Mula lah rasa apa salah diri ini sehinggakan mereka fitnah sedemikian. Padahal, hakikat manusia rambut sahaja sama hitam, hati lain-lain.
Teringat aku kisah tahun lalu, Kak Tasya telah mendengar beberapa cerita mengenai aku ketika itu, namun Kak Tasya tidak mahu memberitahu aku sehinggalah program yang kami anjurkan itu berakhir. Hal ini kerana Kak Tasya risau aku akan terkesan dengan kata-kata itu dan tidak bersemangat untuk melakukan persiapan program. Selepas dua minggu program itu berakhir, Kak Tasya mula membuka cerita dan ternyata benar seperti sangkaannya. aku menangis tidak berhenti malam itu. Pada masa yang sama aku solat hajat dan mengaji agar dikurniakan kekuatan untuk menghadap muka mereka, Apa yang aku bukan sekadar sedih bahkan kecewa kerana mereka boleh melemparkan fitnah sedemikian rupa. Allah, depan kita bukan main baik berkata-kata. Belakang kita, dicakapnya macam-macam berkaitan diri kita. Pertama kali aku merasai perasaan orang difitnah. Allah, dua minggu juga aku terkesan dengan perkara tersebut. Aku lebih banyak mendiamkan diri, muhasabah diri dan banyak bersendirian. Kak Tasyalah yang akan memberi kata-kata semangat ketika itu.
Itu baru sedikit jasa Kak Tasya. Jika ingin dicoretkan atau diceritakan tidak terbalas rasanya dengan wang ringgit jasa yang telah Kak Tasya berikan kepada aku sepanjang berada di Tegageng ini.
Ya Allah, engkau ampunkanlah dosa Kak Tasya, dosa keluarganya, dosa kedua ibu bapanya serta dosa orang-orang kesayangannya. Murahkanlah rezekinya Ya Allah, lapangkanlah hatinya Ya Allah, tenangkanlah fikirannya Ya Allah serta engkau kurniakan petunjuk kepadaNya agar sentiasa berada dalam landasan keimanan Ya Allah. Amin amin ya rabbal Alamin.
Moga Allah tautkan kasih sayang dalam persahabatan ini agar sama-sama beriringan berjalan ke SyurgaMU. Insha Allah.
ps : Kak Tasya sokmo wassap tanya okey tak duduk rumah sorang-sorang :(
No comments:
Post a Comment