Kebiasaanya setiap hari Jumaat, sebaik sahaja sesi persekolahan berakhir, aku akan mengalas beg sandang dan bersedia untuk pulang ke Bekenu. Peluang untuk melihat dunia luar tidak akan aku persiakan setelah menghabiskan masa 24 jam x 5 hari tinggal di sekolah. Kesempatan yang ada juga akan aku gunakan untuk membeli barang mentah dan stok makanan di sekolah kelak.
Pada masa yang sama, peluang dan kesempatan yang ada tidak lain tidak bukan adalah untuk berjumpa gadis-gadis manis di bawah ini. #sisterfromanothermother ini sentiasa ada di sisi tatkala suka dan duka. Sukar untuk digambarkan sayangnya aku pada mereka. Tatkala berjauhan dengan keluarga, merekalah tempat mengadu, tempat bermanja, teman bergaduh dan teman yang hendak dibawa ke hulur hilir. Hehe
Tetapi tidak minggu ini, aku telah membuat keputusan untuk 'stay' di sekolah. Hampir tiga hari aku demam, selesema dan sakit tekak. Cuaca yang tidak menentu iaitu terlalu panas pagi hingga ke tengah hari dan seketika hujan panas membasahi bumi Tegageng telah menambah buruk keadaan kesihatan aku. Tambahan pula, setiap petang pada minggu ini aku turun melatih murid-murid sempena Hari Sukan hujung bulan ini. Profesion perguruan ini yang memerlukan aku menggunakan suara sekerap dan semaksima mungkin menjadi ujian buat diri ini.
Justeru itu, aku mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk berehat sahaja di sekolah. Tidak larat rasanya ingin memaksa diri memandu kereta melalui jalan berbatu. Biarlah badan ini sihat sepenuhnya agar lebih bersedia untuk mendidik minggu hadapan. Alhamdulillah hari ini keadaan aku bertambah baik. Demam tiada lagi cuma selesema sahaja belum kering sepenuhnya.
Alhamdulillah juga, pada hari ini aku berjaya melakukan perkara-perkara berikut :
1. Sapu sampah dan mop lantai
2. Menyusun atur dan mengemas dapur
3. Menyusun atur bilik tidur
4. Membasuh dan menyidai baju
5. Merendam langsir bilik kak tasya
6. Mengemaskini fail-fail perkhidmatan
7. Membahagikan kumpulan murid-murid prasekolah
8. Merangka acara sukaneka murid prasekolah sempena Hari Sukan 2017
9. Menghantar emel kerja kepada Kak Tasya dan Syarikat Yut Ming
10. Merangka aktiviti untuk Sambutan Hari Jadi Prasekolah pada 18 Julai 2017
Aku tidak pasti daripada mana aku dapat kekuatan menyelesaikan semua perkara di atas. Apa yang pasti, aku adalah orang yang tidak boleh melihat tempat yang bersepah dan tidak bersih. Peluang yang ada ini aku gunakan sebaiknya untuk memastikan rumah ini bersih dan kemas.
Moga Allah redha.
9 Julai 2017
12.07 pagi
No comments:
Post a Comment