Tuesday, September 26, 2017

NOTA MALAM HARI



Kebiasaanya, waktu-waktu begini aku sudah lena diulit mimpi. Ya, jika dahulu jam 10 malam masih muda bagi insan bernama Nafisah. Namun, selepas ketiadaan Kak Tasya, sedikit sebanyak jadual harianku berubah. Pada permulaan perpindahan Kak Tasya, saban hari aku mudah termenung dan berangan sendirian. Kadang-kala aku sendiri tidak perasan air mata tumpah mengenangkan nasib diri sang perantau. Kini, hati ini semakin kental menghadapi masa-masa mendatang. 

Sebentar tadi, Mira memberitahu Kak Kinah lulus pertukaran ke semenanjung. Kak Kinah merupakan rakan sekerja Mira yang paling rapat di sekolah. Kak Kinah juga mengajar prasekolah seperti Mira dan aku. Rapatnya Kak Kinah dan Mira sama seperti rapatnya aku dan Kak Tasya. Kerana itu, aku memahami benar perasaan Mira ketika ini. 

I feel u my dear. You have be strong no matter what. 

Itu sahaja mampu aku katakan kepadanya. Aku memahami perasaannya. Di sini, rakan dianggap seperti adik beradik  sendiri. Kak Tasyalah tempat aku meluahkan segala-galanya, Kadangkala, aku tidak sempat berkata-kata, Kak Tasya sudah dapat meneka perasaan hati ini. Ya Allah, mudahkanlah urusan Kak Tasya untuk bersalin. Sesungguhnya Kak Tasya banyak membantu diri ini selama ini. 


Akhir kata, saya sering menyebut perkara-perkara yang positif pada diri sendiri setiap kali bangun pagi. Alhamdulillah, berkat amalan ini, hati ini semakin redha dan percaya dengan qada' dan qadar Nya. Amin




No comments:

Post a Comment